اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ

-

Rabu, 16 September 2009

TAMADUN JEPUN

TAMADUN JEPUN

Pendahuluan

- Jepun juga dikenali sebagai ‘Nippon” atau ‘Nihon” yang bermaksud ‘Tanah Matahari Terbit”. Jepun terdiri dari 4 buah pulau utama iaitu:

a. Honshu

b. Hokkaido

c. Kyushu

d. Shikoku

- Jepun mempunyai 4 musim yang berbeza iaitu:

a. Musim bunga

b. musim panas

c. musim gugur

d. musim sejuk

- Sejarah ketamadunan Jepun dapat dibahgikan kepada:

a. Zaman Awal

b. Zaman feudal dan pertengahan

c. Zaman Moden

a. Zaman Awal

- Zaman awal ini dipanggil sebagai Jomon (800-300 s.m.)Jomon merujuk kepada sejenis tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat peralatan.

- Manusia zaman ini hidup secara nomad dan primitive. Menggunakan peralatan batu dan tanah liat, berburu, menangkap ikan, binatang liar sebagai pekerjaan.

- Zaman kedua ialah Zaman Yayoi – zaman perkembangan tamadun tahap kedua. Berlaku perubahan dalam pertanian – penanaman padi. Berlaku penciptaan saliran, pembuatan alatan logam, pemilihan tanah sesuai untuk pertanian, penyimpanan makanan dan penentuan musim.

- Kekayaan dan kemewahan mula dikecapi – bermula pengumpulan harta kekayaan, kekuasaan dan pengaruh.

- Muncul puak yang paling berpengaruh – puak Yamatomo (menyembah Dewi Amateresu-Omikami – Dewi Matahari).

b. Zaman Feudal dan Pertengahan

- Bermula pada zaman pemerintahan Kamakura (1185-1338 s.m.)

- Sistem feudal bermula apabila wujudnya pemilikan tanah dan ladang-ladang oleh individu. Pemilikan tanah dan ladang-ladang secara persendirian ini pula terlepas dari kawalan pihak kerajaan.

- Tuan-tuan tanah ini dikenali sebagai syo dan mereka berhak memungut cukai dan hasil daripada ladang. Kesannya kuasa Maharaja telah berpindah kepada tuan-tuan tanah tersebut.

- Muncul golongan samurai/buke yang amat ditakuti oleh rakyat. Golongan buke ini pula patuh kepada shogun yang berkuasa iaitu Keshogunan Kamakura.

- Dalam sejarah Jepun, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem feudal ialah Yoritomo. Melalui sistem ini dilantik buke yang berperanan memungut cukai dari syo (tuan tanah). Pegawai-pegawai yang dilantik memberi kesetiaan penuh kepada Shogun. Inilah yang berlaku pada zaman feudal sejak tahun 1600-1868 di mana kuasa Maharaja disingkirkan dan pemerintahan dikuasai oleh para shogun yang mengamalkan sistem feudal.

KRONOLOGI ZAMAN FEUDAL DI JEPUN

Zaman Kamakura

Keluarga Fujiwara

Keluarga Taira

Keluarga Minamoto

Tentera Hojo

Maharaja Go Daigo

Ashikaga Takauji

Sengoku Jidai

Shogun Tokugawa

SISTEM NILAI DAN BUDAYA JEPUN

Nilai-nilai utama Yang Diamalkan oleh Masyarakat Jepun

  1. Mura Ishiki – kesedaran sekampung
  2. On atau giri-ninjo – hutang budi dan membalas budi.
  3. Budaya malu
  4. Perikemanusiaan (nasake)
  5. Wa (kerukunan)
  6. Menepati janji dan berdisiplin
  7. Cintakan ilmu – budaya ilmu dalam masyarakat Jepun ialah mereka menjunjung tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada pelajaran dan mempunyai sikap ingin tahun yang mendalam terhadap maklumat-maklumat.

Budaya Ilmu Dalam Masyarakat Jepun

Budaya ilmu (budaya cintakan ilmu) telahpun wujud sejak zaman Meiji (1860-an -1880an). Pada akhir tahun 1888, terdapat hamper 30,000 pelajar yang menghadiri 90 buah sekolah swasta di Tokyo. 80% daripada pelajar ini datang dari luar bandar. Pelajar miskin dibiayai oleh biasiswa pemberian tuan tanah dan hartawan.

Dalam memajukan pendidikan di Jepun, para remaja dan pelajarnya disajikan dengan kisah kejayaan dari Timur dan Barat. Contohnya buku Yukichi Fukuzuwa, Galakan Pelajaran dijual sebanyak 600 000 naskah pada tahun 1882. Buku tersebut menyatakan:

”Manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, kaya atau miskin, tetapi dilahirkan sama dengan yang lain. Sesiapa yang gigih belajar dan menguasai ilmu dengan baik akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka yang jahil akan menjadi papa dan hina”.

Falsafah/Agama Masyarakat Jepun

- Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agama-agama tersebut ialah:

    1. Shintoisme
    2. Buddhisme
    3. Konfusianisme

a. Agama Shinto

- Agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti “Jalan Tuhan’ (kami-no-michi).

- Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan symbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara.

- Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa Dewi.

- Dewi Matahari (Amaterasu-omi-kami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun dipercayai dari keturunan Dewi Matahari.

- Tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab suci.

- Pendeta Shinto telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan –Shinto Gabusho/Lima Buku ajaran Shinto.

- Tidak ada falsafah dan etika.

- Semangat berkorban untuk Maharaja/Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat.

b. Buddhisme

- Mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi.

- Ajaran Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan kerajaan mematuhinya.

- Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi “Tiga Harta Suci” iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke China untuk mempelajari Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha.

- Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak falsafah dan lebih kepada penerangan.

c. Konfusianisme

- Ajaran ini diminati kerana memberi penekanan kepada moral. Ajaran ini juga terkandung dalam Perlembagaan 17 Artikel.

- Pada zaman Shogun Tokugawa ajaran ini menjadi asas dalam pembinaan negara.

MASYARAKAT JEPUN DAN MODENISASI

Pendahuluan

- Masyarakat Jepun mengalami proses modenisasi melalui beberapa tahap iaitu dari zaman Tokugawa hingga ke zaman Meiji dan moden. Hasil daripada proses modenisasi, Jepun menjadi sebuah negara maju.

- Zaman moden Jepun mempunyai hubungan erat dengan Barat. Ini berlaku apabila Jepun terpaksa membuka dasar tutup pintu kepada dunia luar melalui Perjanjian Kanagawa pada Mac 1854 yang mana Jepun terpaksa membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat, diikuti Britain (Oktober 1854) , Russia (Febuari 1855) dan Belanda (November 1855).

- Proses modenisasi pada peringkat awal dilakukan dalam skop agama Shinto, Buddhisme dan Konfusianisme. Pada tahap ini tamadun dari Barat dicanai begitu rapi sehingga tamadun yang dihasilkan adalah bersifat keJepunan. Keadaan ini dapat dilihat semasa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa.

- Jepun mula masuk ke zaman moden bermula dari zaman Reformasi Meiji (1868-1912) dalam pelbagai aspek – politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

a. Politik

- Meiji mengembalikan semula kuasa politik kepada Maharaja Jepun dan pusat pentadbiran dipindahkan dari Kyoto ke Edo (Tokyo).

- Menghapuskan sistem feudal yang selama ini dipraktikkan oleh Kesyogunan Tokugawa.

- Reformasi politik – sistem demokrasi. Pengenalan Dokumen Gokajo no Goseimon (Carta Pengakuan Lima Artikel). Maharaja adalah pemerintah tertinggi dan penubuhan Parlimen yang dipanggil Diet yang terdiri dari Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat.

- Meiji mencontohi negara Barat. Meiji mengambil contoh kekuatan ketenteraan, pengenalan sector industri pertahanan seperti senjata dan pembuatan kapal perang.

b. Pendidikan

- Meiji juga mengadakan reformasi pendidikan. Pelajar-pelajar dihantar ke Barat untuk mempelajari ilmu sains dan teknologi, mengimport tenaga professional daripada Barat, mendirikan pusat-pusat pengajian berasaskan sains dan teknologi di samping bidang-bidang lain.

c. Ekonomi

- Modenisasi di bidang ekonomi – ekonomi moden berasaskan Kapitalisme khususnya industri. Juga menggalakkan pertanian dan penghapusan cukai serta pembinaan saliran.

Sains dan Teknologi Jepun

n Pembangunan teknologi Jepun – technological follower kepada technological leader.

n Meminjam, mengubahsuai dan mengkomersialisasikan teknologi asing kepada inovasi asli mereka.

n Jepun adalah technological leader di dalam pengeluaran berbagai produk – optik gentian, semi-conductor, bahan-bahan komposit, perlatan-peralatan mesin, keperluan komputer dll.

Etika Kerja Jepun

n Dedikasi

n Menepati masa

n Prinsip perniagaan yang teguh

n Profesionalisme

n Mengubahsuai idea

Pengurusan Jepun

Terdapat 4 prinsip asas

a) Sesiapa sahaja yang berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak dan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti tugasannya.

b) Berilah peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja mereka.

c) Ahli-ahli dalam satu koperasi membentuk satu keluarga besar

d) Kumpulan kerja itu lebih mustahak daripada individu pekerja.

Konsep Kaizen

n Dilaksanakan bagi melahirkan semangat yang berterusan untuk memperbaiki hasil kerja di kalangan pihak pekerja.

n Ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa

Konsep Mottainai

n Konsep paling penting dlm. Masyarakat Jepun.

n Maksudnya segala harta di dunia adalah pembaziran atau anugerah drp. Tuhan. Manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu kesalahan besar.

Budaya Kerja Islam dan Jepun Suatu Perbandingan

Budaya kerja dan konsep masa (Asr)

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan salig berpesan satu sama lain dengan kebenaran serta bersabar.”

(surah al-Asr :1-3)

“Maka apabila engkau telah selesai sesuatu pekerjaan maka tegaklah. Dan hanya kepada Tuhanmu hendaklah engkau berharap.” (94:7-8)

Menurut Hamka: ayat tersebut :

Sentuh ttg disiplin kerja

Kerja sungguh-sungguh

Jgn bertangguh

Jgn jadikan keletihan sbg alasan

Kerja dan Hijrah

“sesiapa yang berpindah dari negerinya kerana Allah, nescaya akan

memperoleh tempat kediaman serta penghasilan yang banyak di muka

bumi ini.”(4:100)

Berhijrah bermakna bergerak dari suatu tempat yang merangkumi:

a. perubahan fizikal dan mental

b. Mencari keadaan yg lebih baik sama ada aspek spiritual dan mental.

u Di akhir tahun 1980-an di kawasan ASEAN, masyrakat cina berjaya mengumpulkan lbh RM200b dengan bil. 40 juta orang sahaja.

u Di Indonesia: Cina 3.5juta/ 2.1% drpd 170 juta penduduk.- menguasai korporat yg besar.

Penggunaan Sumber

“… makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan.” (al-A’raf:31)

Kecekapan dan sistematik

“sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.(al-Saff :4)

Kerja dan Perubahan

u Konsep Perubahan Dalam Islam

….”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…..”

Keterangan Ayat di atas ialah:

- Perubahan sikap

- Sentiasa memperbaiki mutu kerja

- Mesti berusaha untuk berjaya

- Tidak boleh malas/berpeluk tubuh

- Mesti berikhtiar

Kesimpulan

Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Ini selari dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu ...”Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…..”

Soalan PBL

1. Pada pendapat anda, apakah elemen yang paling penting dalam tamadun Jepun?

2. Bincangkan pembangunan teknologi Jepun dan Malaysia.

3. Pada pendapat anda, apakah ciri yang ada pada masyarakat Jepun yang memunculkan Jepun sebagai negara maju dan setanding dengan negara maju yang lain?

4. Apakah budaya kerja masyarakat Jepun yang boleh digunapakai oleh masyarakat Malaysia?

Rujukan

Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd. Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000.

Arifin Bey, Japan and Europe: A Cultural View From Southeast Asia, Japan:Echo, 1992.

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999.

Pyle, Kennetah B., Generasi Baru Zaman Meiji, (terjemahan ke Bahasa Melayu oleh Arifin Bey) Jakarta, PT Granedia, 1988.

2 ulasan:

  1. mohon copy ya..terima kasih untuk maklumatnya...buat tugasan..

    BalasPadam