1. Zaman Rasulullah saw
Rasulullah SAW dilahirkan pada waktu subuh hari Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun gajah bersamaan 20 April tahun 571M di kota Mekah iaitu 50 hari selepas ketibaan tentera bergajah di rumah Abu Talib di Syi’b Bani Hisham yang dibidankan oleh al-Syifa’ bonda Abdu. al-Rahman bin Auf. Baginda wafat pada umur 63 tahun 4 hari iaitu pada waktu dhuha hari Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun 11H pada tahun 634M
1.1 Peta Semenanjung Arab
Pembahagian sejarah Nabi SAW selama 63 tahun ini dapat dibahagikan seperti berikut.
1: Tempoh di Mekah (53 tahun)
Tempoh ini di Mekah ini juga boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;
i. Tempoh antara selepas baginda dilahirkan iaitu 20 April 571M sehinggalah perlantikannya sebagai Rasul Allah iaitu pada hari Isnin, 21 Ramadhan bersamaan 10 Ogos tahun 610M ketika berumur 40 tahun 6 bulan 12 hari mengikut kiraan tahun qamariah dan 39 tahun 3 bulan 22 hari mengikut tahun syamsiah
ii. Tempoh selepas diangkat menjadi rasul sehinggalah berhijrah ke Madinah.
Nabi SAW keluar daripada rumahnya pada malam 27 Safar tahun ke 14 kenabian bersamaan 12 atau 13 September tahun 622M dan telah sampai ke Quba’ pada hari Isnin 8 Rabi’ al-Awwal tahun 14 kenabian (1 Hijrah) bersamaan 23 September tahun 622M. Nabi SAW telah menetap selama 4 hari di Quba’ iaitu pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis dan telah memasuki Madinah pada hari Jumaat 13 Rabi’ al-Awwal bersamaan 27 September 622M.
2: Tempoh di Madinah (10 tahun)
Tempoh ini bermula daripada ketibaan Rasulullah SAW di Madinah hari Jumaat 13 Rabi’ al-Awwal sehinggalah hari kewafatannya. Tempoh Madinah ini boleh dibahagikan kepada 3 peringkat.
i. Peringkat berlaku perang dan pergolakan. Ia berakhir selepas berlaku Perjanjian Hudaybiah pada bulan Zu al-Qaedah tahun 6H.
ii. Peringkat genjatan senjata. Ia berakhir dengan pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun 8H. Tempoh ini juga adalah tempoh baginda mengutus surat menyeru masuk Islam kepada raja-raja dan pembesar kerajaan bukan Islam.
iii. Peringkat kabilah Arab masuk Islam beramai-ramai. Ia berakhir dengan kewafatan Rasulullah SAW pada bulan Rabi’ al-Awwal tahun 11H.
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
-
Selasa, 15 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan