اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ

-

Rabu, 16 September 2009

TRANSIT ORIENTED DEVELOPMENT

1.0 Pengenalan

Konsep T.OD. merupakan satu ciri bandar selamat yang menjurus kepada suasana kehidupan yang berkualiti tinggi. T.O.D dapat mengurangkan kesan buruk kesesakan jalanraya yang melanda pusat bandar di negara-negara maju hari ini. Selain itu ia juga dapat mewujudkan kualiti udara yang baik untuk penghuni dalam bandar dengan menggantikan kenderaan bermotor sebagai mod pengangkutan utama bandar.

Transit Oriented Development (T.O.D) merupakan satu bentuk pembangunan yang menggabungkan gunatanah kawasan komersial dan kediaman berhampiran dengan persinggahan transit. Pembangunan yang sederhana padat pada bulatan jejari 0.4-0.8 km dari stesen persinggahan dimana stesen kereta api atau tram merupakan satu pusat mod pengangkutan utama bandar. Dalam konsep ini penghuni bandar hanya berjalan kaki atau berbasikal untuk bergerak ke terminal transit.

Cabaran utama T.O.D adalah masyarakat mungkin akan menggunakan persinggahan transit sebagai mod penggangkutan utama mereka jika tram dapat memudahkan mereka bergerak dari awal destinasi hingga ke akhir perjalanan. Selain itu roviding satu campuran menggunakan ketumpatan menjadi pelengkap kepada pengguna persinggahan kedua-dua dan masyarakat tempatan. Seterusnya keperluan untuk memastikan pembangunan yang direkabentuk adalah berorientasikan bagi memudahkan dan menggalakkan masyrakat menggunakan persinggahan.

T.O.D bermula di negara-negara maju seperti Perancis, Jepun dan Sweeden. Konsep ini wujud daripada respon impak negatif aktiviti pembangunan seperti kesasakan lalulintas, pencemaran udara, pemanasan cuaca (kesan rumah hijau) dan juga kemerosotan hubungan sosial antara masyarakat.

Pembangunan T.O.D dapat mengurangkan pencemaran dan pemusnahan alam sekitar kerana tram dijadikan kenderaan utama menggantikan kenderaan bermotor yang banyak mengeluarkan asap selain bunyi yang bising. Seterusnya pembangunan T.O.D juga dapat meningkatkan kecekapan ekonomi di suatu kawasan dan dapat mengelak kesesakan lalu lintas serta pengembangan intensif untuk memampatkan pembangunan. Selain itu juga dapat menguurangkan kadar jenayah kerana penduduk sentiasa ramai tidak kira siang dan malam.

Infrastruktur sosial merupakan salah satu elemen yang penting untuk menyokong kepada konsep pembangunan yang berteraskan kepada transit. Penyediaan infrastruktur sosial yang baik dapat memberi keselesaan, keselamatan dan kemudahsampaian kepada penghuni untuk hidup di bandar.

Rajah 1: Foto diatas menunjukkan satu jenis mod pengangkutan transit

2.0 Konsep infrastruktur sosial

Infrastruktur sosial merupakan satu bentuk kemudahan yang memenuhi keperluan orang awam untuk melakukan aktiviti sosial harian mereka dalam kehidupan. Kemudahan infarastruktur sosial disediakan dalam bentuk fizikal dan juga perkhidmatan dan dibiayai oleh pihak berkuasa tempatan. Selain itu juga badan swasta memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan infrastruktur kepada masyarakat.

Rajah 2: Rajah di atas menunjukkan satu pemandangan di kawasan bandar yang maju.

Penyediaan kemudahan infrastrutkur merupakan satu elemen yang penting kepada maSyarakat untuk bersosial dan melakukan aktiviti harian. Selain itu juga infrastruktur memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf ekonomi sesuatu Bandar. Infrastruktur sosial menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat untuk hidup di dalam kawasan bandar dengan selesa, selamat dan menjamin kemudahsampaian untuk bergerak. Penyediaan infrastruktur yang baik memberi satu suasana yang harmoni dalam kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan bandar.

Infrastruktur berfungsi untuk mewujudkan lingkungan bandar yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manausia. Selain itu ia juga memberikan satu persekitaran bandar yang menarik untuk didiamai.

2.1 Kategori fasiliti infrastruktur sosial

Kategori kemudahan infrastruktur sosial adalah terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu;

a. Infrastruktur pengangkutan.

Infrastruktur pengangkutan adalah terdiri daripada jalan, jambatan, jejantas dan jalan kereta api. Selain itu ia juga terdiri daripada terminal bas, teksi dan transit.

b. Infrastruktur komunikasi

Infrastruktur komunikasi pula terdiri daripada kemudahan jaringan telekomunikasi. Contohnya adalah wireless/satelit network dan television atau cable network. Selain itu juga terdapat kemudahan informasi jaringan jalanraya.

c. Infrastruktur bangunan

Infrastruktur bangunan terdiri daripada bangunan awam seperti sekolah, institusi agama, dan hospital. Penyediaan infrastruktur bangunan juga terdiri kemudahan perumahan, hotel dan pusat komersial serta kompleks sukan. Selain itu terdapat gudang dan bangunan untuk aktiviti pembuatan.

d. Infrastruktur kemudahan rekreasi

Kemudahan infrastruktur untuk berekreasi adalah terdiri daripada taman, padang permainan, tasik dan sukan air. Selain itu juga terdapat tema dan kasino-kasino.

2.2 Fungsi infrastruktur sosial

Fungsi infrastruktur sosial adalah memberi beberapa manfaat kepada penghuni bandar iaitu;

a. Keselesaan

Penyediaan infrastruktur sosial yang baik akan memberikan keselesaan kepada masyarakat untuk tinggal di bandar dan dapat melakukan aktiviti harian mereka tanpa gangguan.

b. Keselamatan

Penyediaan infrastruktur sosial yang baik juga akan memberikan satu suasana bandar yang selamat daripada sebarang kejadian jenayah dan kemalangan.

c. Kemudahsampaian

Infrastruktur sosial juga akan memberikan kemudahsampaian kepada masyarakat bandar untuk bergerak menuju ke sesuatu destinasi tanpa halangan serta menjimatkan masa perjalanan.

d. Rekabentuk

Infrastruktur sosial turut memainkan fungsi sebagai rekabentuk atau trademark dimana ia menjadi identiti suatu bandar atau wilayah. Selain itu infrastrutur sosial menjadi fungsi sebagai pandu arah untuk sesuatu perjalanan.

2.3 Garis panduan infrastruktur sosial

Garis panduan dalam penyediaan infrastruktur sosial adalah terdiri daripada beberapa proses iaitu;

a. Perancangan

Proses perancangan adalah satu proses menyusun atur strategi pembangunan infrastruktur yang akan dibangunkan berdasarkan kepada sesuatu konsep. Perancangan yang baik memerlukan satu kaedah yang terbaik untuk mengintegritikan alam sekitar dan manusia serja memberi manfaat pada jangka masa yang panjang kepada manusia.

b. Pembangunan

Pembangunan pula merupakan satu proses mengaplikasikan infrastruktur sosial dalam bentuk fizikal atau perkhidmatan berdasarkan kepada perancangan yang telah dibuat. Proses pembangunan infrastruktur memerlukan satu sistem untuk mengurus segala kos dan belanjawan semasa proses pembangunan di jalankan.

c. Operasi dan pemeliharaan

Penyediaan infrastuktur sosial memerlukan kepada pembentukan satu proses operasi dan pemeliharaan untuk memastikan infrastruktur yang disediakan dapat berfungsi dengan baik dan berterusan. Proses ini dilakukan satu organisasi yang cekap dan dan mempunyai komitmen yang tinggi supaya ia dapat disenggara dengan baik.

d. Pemantauan

Proses terakhir dalam penyediaan infrastruktur adalah satu pembentukan sistem pemantauan yang efktif untuk memastikan infrastruktur yang disediakan dapat berfungsi sepertimana yang telah dirancang.

2.4 Cabaran pembangunan infrastruktur sosial

Penyediaan infrastruktur sosial yang baik perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam memenuhi keperluan dan kehendak penghuni bandar iaitu;

a. Pembangunan infrastruktur yang baik

Pembangunan infrastruktur sosial yang baik merupakan satu cabaran utama di mana ia memerlukan kaedah yang drastik untuk membentuk satu perancangan infrastruktur sosial. Perancangan yang dibuat harus mempunyai keupayaan terhadap bandar untuk menampung keperluan kehidupan penghuni bandar serta memberi impak positif terhadaf jumlah penduduk yang berkepadatan tinggi di bandar.

b. Pembangunan sustainable

Selain itu cabaran yang di hadapi adalah pembentukan satu pembangunan infrastruktur yang mampan dimanan ia mempunyai ciri-ciri integrasi antara alam sekitar dan manusia. Pembangunan yang stabil memerlukan pembentukan perancangan dilakukan secara terperinci dan segala aspek fizikal dan spiritual diambilkira dalam pembentukan perancangan.

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa infrastruktur sosial merupakan satu elemen bandar yang sangat penting untuk memastikan sesuatu bandar dapat berfungsi dengan baik. Selain itu ia memberikan satu ciri kesinambungan kepada penghuni Bandar untuk dengan selamat dan selesa. Pembangunan yang berteraskan kepada transit merupakan satu konsep pembangunan ke arah satu buah bandar yang sesuai untuk didiami. Selain itu T.O.D dapat membentuk bandar yang baik untuk membentuk satu sistem pembangunan insan yang sihat dari segi mental, fizikal dan sprritual.

T.O.D juga merupakan langkah paling berkesan untuk mengawal bilangan penduduk yang berkepadatan tinggi di bandar untuk membentuk kestabilan antara alam persekitaran dan manusia. Pembangunan infrastruktur sosial berteraskan kepada konsep T.O.D perlu dibentuk berdasarkan kepada garis panduan yang lengkap dan jelas supaya pengurusan bandar bandar dapat dilakukan dengan baik. Keperluan kepada integriti adalah penting untuk merealisasikan pembangun bandar yang selamat berteraskan Transit Oriented Development (T.O.D).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan