1- Persoalan Tentang Cinta
Cinta merupakan satu anugerah yang suci, murni dan mulia. Namun kebanyakan manusia telah menodai kesucian cinta dengan meletakkan cinta itu pada landasan dosa dan maksiat. Perkara tentang cinta banyak dinukilkan dalam novel-novel, lagu-lagu, syair-syair dan telah banyak dipersembahkan dalam bentuk drama-drama dan filem. Namun apakah sebenarnya cinta? :
“Apakah cinta? Adakah cinta hanya perasaan kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan sahaja atau cinta merupakan perkataan rekaan yang dicipta melalui perasaan sahaja? Mengikut Kamus Dewan cinta adalah perasaan kasih sayang terhadap seseorang. Sebenarnya cinta boleh ditafsirkan dengan seribu istilah mengikut si pencipta dan suasana. Namun pada asasnya cinta membawa maksud bekerja bersama-sama, ketawa bersama-sama, membangun bersama-sama, samada kejayaan kecil atau besar” (Robiah Kulop Hamzah, Remaja dan Cinta, 1993).
Keasyikan bercinta menyebabkan beberapa persoalan timbul dalam jiwa golongan yang bercinta:
“Adakah cinta seorang lelaki sama dengan cinta seorang wanita? Apakah yang perlu dilakukan untuk memperkatakan cinta? Dari manakah datangnya kekuatan cinta yang begitu dahsyat? Apakah saya benar-benar dicintai? Apakah dia tidak mengkhianati cintanya? Adakah dia sungguh-sungguh mencintai saya? Bagaimanakah sebenarnya cinta yang agung? Benarkah orang tidak boleh hidup tanpa cinta? Mengapa saya menjadi mangsa cinta?” (Robiah Kulop Hamzah, Remaja dan Cinta, 1993).
Jika kita perhatikan dalam sejarah penciptaan Adam dan Hawa dan bagaimana zaman-zaman yang telah berlalu pasti ada cerita cinta agung yang sentiasa diriwayatkan dan berterusan lalu mencanang keajaiban cinta, sehinggakan terciptalah dan lahirlah pelbagai falsafah cinta, tafrifan dan istilah-istilah cinta yang hebat-hebat serta unik dari pelbagai bangsa, budaya, lapisan masyarakat, peringkat umur, sehingga setiap insan yang mendengar perkataan "Cinta" ini merasa teruja untuk menikmati keindahan cinta. Sebagai contohnya cerita cinta agung Laila dan Majnun yang melahirkan pemikiran falsafah "Cinta tidak mengenal rupa" begitu juga kisah romantis Romeo dan Juliet yang menyebarkan pemikiran "Cinta tidak mengenal darjat" dan banyak lagi. Barangkali jika kita senaraikan kalimah-kalimah cinta yang menukilkan istilah-istilah cinta sahaja pun, tentu akan menghasilkan satu karya yang melibatkan berjilid-jilid pembukuan. Itu tidak termasuk cerita-cerita dan riwayat-riwayat cinta, belum juga termasuk, karya-karya syair, puisi, seloka, pantun, sayembara dan gurindam-gurindam cinta. Begitulah hebat dan dahsyat penangan cinta dalam kehidupan umat manusia sejak penciptaan cinta pertama Adam dan Hawa.
2- Mengapa Pelajar Sekolah Ingin Bercinta Dan Bolehkah Mereka Bercinta ?
Seperti yang kita sedia maklum, sebenarnya fenomena bercinta di kalangan pelajar sebenar telah lama wujud dan tidak dapat dibendung. Ini kerana ia merupakan naluri semulajadi setiap remaja, iaitu perasaan ingin menyayangi dan rasa ingin disayangi dengan berlainan jantina.
Persoalan pertamanya, mengapa pelajar sekolah ingin bercinta? Pertama sekali penulis ingin membawa pembaca sekalian terobos balik sejarah silam atau masa lalu kita, kita sebagai orang dewasa pernah melalui waktu-waktu dan alam remaja, apakah perasaan dan emosi kita ketika itu? Bukankah sama sahaja dengan apa yang sedang dialami dan dirasai oleh remaja zaman sekarang? Kita terlalu ingin merasai betapa kebahagiaan perasaan dicintai dan perasaan ingin mencintai dengan yang berlawanan jantina. Jangan kita lupa bagaimana keghairahan kita pada waktu itu untuk mendapat kepuasan cinta. Begitu jugalah apa yang sedang dialami pelajar sekolah zaman sekarang, kerana dorongan perkembangan fisiologi dan perkembangan unsur seksual dan emosi dalam diri remaja pada peringkat selepas akil baligh mendorong jiwa semulajadi mereka untuk bercinta.
Persoalannya, bolehkah pelajar bercinta? Kebiasaan yang kita dengar daripada jawapan masyarakat, remaja yang menjalinkan cinta dalam alam persekolahan telah menjalinkan hubungan "Cinta terlarang". Apakah benar ia patut disebut sedemikian rupa sedangkan kita pernah melalui zaman seusia denga mereka dan pernah merasai perasaan dan emosi sedemikan? Bagi menjawab persoalan ini, mari kita lihat jawapan dari seorang tokoh apabila diajukan soalan ini oleh seorang pelajar:
“Menjalin satu perhubungan cinta bukan satu gurauan. Jika anda merasa diri anda sudah matang dan bersedia ke arah itu ia bukan satu masalah. Bagaimanapun,
Bagi penulis, inilah jawapan dan pandangan yang tepat. Kita perlu sedar kita hanya mampu melarang pelajar dari terjebak dengan cinta, namun kita tidak mampu membendungnya kerana ia merupakan fenomena semulajadi dalam kejadian manusia. Jika kita melarang sekalipun, pelajar tetap akan bercinta secara berahsia, ini akan merumitkan lagi keadaan, kerana jika berlaku apa-apa yang tidak diingini seperti terlanjur berzina, adalah kerana kita tidak tahu dan tidak kenal dengan siapa mereka bercinta sehingga banyak kes-kes yang buang bayi tidak dikenali siapa ayahnya yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh sebab itu, bukan jalan terbaik untuk kita melarang pelajar daripada bercinta, tapi kita perlu mengawal dan mebimbing remaja bagaimana bercinta secara sihat, iaitu bercinta dengan kawalan batas syariat agama serta adab-adab bangsa, agar tidak menjunamkan remaja ke lembah salah laku seks, dosa dan maksiat.
Pelajar sekolah bercinta kerana ingin merasai indahnya kebahagiaan perasaan berkasih-sayang
3- Keruntuhan Moral Pelajar Akibat Bercinta
Kebanyakan pelajar yang bercinta terjebak dalam salah laku seks. Ini berlaku kerana keghairahan yang memuncak pada usia remaja. Maka berlakulah bermacam-macam keruntuhan moral dan salah laku seks yang berlaku di kalangan pelajar. Menurut kebanyakan pelajar bercinta adalah menjadi hak individu dan mereka perlukan kebebasan untuk bercinta. Namun sebenarnya mereka bukan bercinta dengan erti kata bercinta mengikut landasan Syariat, tetapi mereka bercinta mengikut landasan hawa nafsu dan syaitan iblis, demi kepuasan, sehingga berlakulah pelbagai keruntuhan akhlak dan moral. Sebagai contohnya menularnya gejala bohsia di kalangan pelajar-pelajar sekolah:
“Mulanya kebebasan secara kecilan, semakin hari semakin besar, kononnya mahu bertemu dengan kawan-kawan sekolah, hal ini mendapat restu pula dari kedua orang tuanya, tetapi sebaliknya bukanlah bertemu dengan kawan-kawan sekolah seperti yang diperkatakan pada orang tuanya, tetapi bertemu dengan kawan lelakinya, mereka ke hulu ke hilir dengan bermotosikal atau sebagainya, mereka pergi ke mana sahaja sesuka hati mereka. Di kalangan gadis bohsia, dara tidak menjadi persoalan lagi pada mereka, apa yang mereka mahu ialah keseronokan kehidupan yang bebas, mereka ini mahukan kepuasan seks”. (Robert Hamly, Bohsia: Punca dan Penyelesaiannya, 1995)
Apa yang sudah terjadi kepada pelajar sekolah kita? Menjadi bohsia dan bohjan? Menjadi perempuan murahan dan tidak bermaruah? Menjadi lelaki rosak perosak?
Ini baru menceritakan tentang masalah kewujudan fenomena bohsia hasil dari kesan bercinta di kalangan remaja sekolah, belum lagi kita pergi kepada keruntuhan moral lain seperti kes buang bayi. Bayi terbuang kini menjadi lambakan di tengah-tengah kehidupan moden dan bertamadun. Apakah bencana yang menimpa umat ini? Seolah-olah ia telah menjadi satu "trend" atau budaya dan kebiasaan masyarakat moden. Atau apakah bencana ini satu elemen dari pra dan pasca kemodenan? Salah siapa? Salah pelajar, guru, masyarakat, ibubapa atau pentadbiran negara?
Realiti ini adalah kesalahan kita semua !!!
Antara punca utama pelajar ingin bercinta ialah kerana hasil dari pemodenan, ibubapa yang dihimpit kesibukan, porak peranda dan berpecah belah, menyebabkan pelajar mencari pasangan untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang :
"Di peringkat sekolah menengah, ramai daripada pelajar-pelajar sudah pandai bermain cinta dan mempunyai teman istimewa buat penghibur hati yang duka lara." (Ann Wan Seng, Kerenah Remaja Hari Ini, 1994)
Anak-anak terbuang dari pelajar sekolah dari bangsa kita, agama kita !!!
"Di kalangan remaja belasan tahun mereka dikuasai oleh emosi lebih daripada pertimbangan akal fikiran yang rasional. Oleh yang demikian tidaklah hairan seandainya remaja di bangku sekolah lagi telah berani mengadakan pertemuan di tempat-tempat yang agak sulit. Bukan setakat itu, kebebasan dalam pergaulan mereka kadang-kadang menimbulkan perkara-perkara yang tidak baik berlaku seperti hamil di luar nikah, dirogol, bersekedudukan dan terlibat dalam kegiatan maksiat dan diperangkap oleh sindiket-sindiket untuk dijadikan gadis penghibur. Setiap hari sering terdapat berita di akhbar-akhbar berita berhubung gadis diperkosa, menggugurkan anak dan mengadakan perlakuan sumbang secara terang-terangan." (Ann Wan Seng, Kerenah Remaja Hari Ini, 1994)
Lambakan bayi terbuang, hasil "Cinta Terlarang" atau hasil "Cinta Terlepas Pandang" ? Bagaimana pelajar sekolah yang masih muda dan mentah melakukan hal ini? Di mana ibubapa, sekolah dan masyarakat ? |
4- Mengapa Bercinta Mengakibatkan Pelajar Melakukan Salah Laku Seks ?
Cinta hawa nafsu, cinta untuk kepuasan syahwat di kalangan pelajar sekolah, gejala atau BENCANA !!!
Kebiasaan di kalangan pelajar yang terjebak dalam percintaan di alam persekolahan sememangnya terlibat dengan aktiviti-aktiviti salah laku seks. Fenomena ini berlaku kerana perhubungan cinta yang mereka jalinkan di dorong oleh perkembangan fisiologi yang mula aktif, agresif dan sensitif di samping peralihan peringkat psikologi pelajar itu sendiri. Pada peringkat remaja sememangnya satu peringkat kebangkitan minat seks mula tumbuh dan bercambah dalam diri remaja:
“Dalam masa remaja adalakalanya muncul rasa ketegangan seksual dan kebangkitan nafsu yang semuanya terbenam dalam latar belakang hidup sehinggalah akil baligh. Di kalangan remaja lelaki dan perempuan masih ramai yang masih tidak mengetahui bagaimana hendak berhadapan dengan desakan ini. Kebangkitan tekanan seksual ini merupakan salah satu sifat asas dalam pembesaran. Lazimnya terjalin secara semulajadi dan kemudiannya akan memasuki proses kea rah menjadi seorang jejaka dan gadis. Tanpa disedari muncul satu tenaga baru dalam perasaan diri setiap diri remaja. Remaja lelaki mula menyedari bahawa remaja perempuan adalah menggoda dan menarik hati mereka. Begitu juga bagi pihak remaja perempuan mula menyedari bahawa remaja lelaki adalah berbeza dan diperlukan dalam kehidupan mereka.” (Khadijah Haidi Khalid, Meneroka Alam Remaja, 1994).
Tekanan dan desakan kebangkitan seksual yang meluap-luap di zaman remaja inilah yang mendorong pelajar yang bercinta bertindak di luar kawalan iaitu dengan melakukan aktiviti seksual. Lebih-lebih lagi kedua-dua pihak pelajar lelaki dan perempuan ini tidak berupaya untuk membendung proses perbuatan terkutuk itu kerana ingin melempiaskan nafsu seksual yang tersekat di jiwa, lantas telah memerosokkan kedua pelajar ini ke lembah aktiviti salah laku seksual.
Masalah ini menjadi semakin kronik apabila wujud pula rangsangan-rangsangan luar yang menaikkan syahwat dan keghairahan pelajar-pelajar yang sedang bercinta. Lebih-lebih lagi dalam era dunia ICT dunia tanpa sempadan serta kebebasan media
"Pengaruh media
Bencana salah laku seks di kalangan pelajar yang bercinta ini menjadi semakin dahsyat dengan wujudnya saluran-saluran rangsangan seksual dalam pelbagai bentuk samada dari segi bahan atau tempat-tempat panas dengan aktiviti-aktivit seksual :
"Akibatnya remaja berusaha mencari saluran yang tersendiri untuk memenuhi tuntutan naluri itu samada melalui pembacaan, video lucah, berkunjung ke tempat pelacuran dan mendengar cerita-cerita orang-orang dewasa. Kesemua saluran ini digunakan disebabkan remaja mempunyai keinginan untuk mengenal tuntutan nafsu seks dan kehidupan berkelamin yang dapat dipelajarinya daripada media
Penulis tertanya-tanya, mengapa fenomena bercinta di kalangan remaja majoritinya cinta yang membinasakan diri remaja, mengapa tiada kawalan media dan kawalan budaya persekitaran? Mengapa tidak terkawal penjualan bahan-bahan lucah? Bahkan kebanyakan mereka diberi lesen sah untuk menjual bahan-bahan lucah dan merosakkan seperti arak? Mengapa pusat-pusat hiburan, pusat-pusat maksiat, pusat-pusat perjudian dan pelacuran tidak terkawal bahkan ia aktif secara terbuka di tengah-tengah masyarakat? Di mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab? Mengapa mereka membiarkan masyarakat dan remaja sekolah terjebak dan rosak? Apa agenda mereka? Membangunkan negara? Lalu di mana tanggungjawab sensitiviti mereka dalam beragama? Mungkinkah mereka ini golongan yang terlalu dayus untuk menegakkan kebenaran?
5- Apa peranan dan tanggungjawab pihak ibubapa, sekolah dan masyarakat ?
Bila mana berlaku sesuatu bencana, pasti ada pihak yang akan dipersalahkan dan diminta dipertanggungjawabkan atas malapetaka yang terjadi. Dalam masalah cinta di kalangan remaja yang menjurus ke arah bencana moral ini, siapa atau pihak mana yang perlu kita persalahkan? Siapa atau pihak mana yang perlu menjawab dan bertanggungjawab atas bencana yang berlaku? "Cinta" itu kah bencana atau sikap pihak-pihak tertentu yang sebenarnya menjadi pencetus bencana ini ? Pihak yang ditudingkan jari ke arah mereka, apa yang tindakan yang perlu mereka laksanakan bagi menangani bencana ini ? Seperti yang kita sedia maklum, kebiasaannya dan lazimnya, jika berlaku bencana moral di kalangan pelajar, ada 4 pihak yang pasti menjadi tumpuan segala kesalahan disandarkan kepada mereka. Pertama ibubapa, kedua pihak sekolah ketiga masyarakat dan keempat, kepimpinan negara. Sememangnya tidak dinafikan, keempat-empat pihak tersebut menjadi pencetus dan penyumbang kepada bencana dan malapetaka moral yang sedang meledak di negara kita ini. Sebagai golongan yang berhati perut, keempat-empat golongan ini perlu tahu apa tanggungjawab serta peranan mereka dalam menangani kebejatan moral yang maha dahsyat ini.
Sekarang kita muhasabah semula diri kita berkaitan bencana yang sedang berlaku ini, bukankah sikap kita yang berdiam diri dan mementingkan diri sebenarnya antara sebab dan punca berlakunya bencana ini? Bukankah kita semua bersalah kerana tidak bersatu hati mencegah dan membanteras bencana ini?
5.1 Peranan Ibubapa
Golongan ibubapa memang sangat patut dipersalahkan, kerana kita semua sedar, didikan pertama dari ibubapa sangat mempengaruhi
Menurut Khadijah Haidi Khalid (Meneroka Alam Remaja, 1994) salah satu peranan penting bagi ibubapa ialah kemahiran mendengar dan komunikasi dengan anak-anak. Di mana beliau menyatakan, kepentingan corak komunikasi ibubapa dengan anak-anak, amat mempengaruhi
Seterusnya, perkara paling asas bahkan paling utama yang sering diabaikan oleh golongan ibubapa ialah penerapan dan pemantauan pendidikan agama dalam diri anak-anak. Sekadar memberi input atau fakta-fakta agama tidak memadai untuk mengawal tingkah laku anak-anak. Perkara yang lebih utama dari sekadar memberi input dan fakta-fakta agama ialah anak-anak perlukan penghayatan agama melalui contoh-contoh tauladan serta penerapan nilai agama dalam diri mereka. Kerana dibimbangi anak-anak hanya akan beramal kerana ia menjadi suatu adat kemudian apabila berlaku sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwanya, lalu kemudiannya perlakuan anak itu berubah 180 darjah:
"Pernah seorang pelajar mengalami kegoncangan yang hangat setelah putus hubungan dengan seorang sahabat wanitanya. Perubahan berlaku, di mana yangdulunya dia aktif solat, rajin ke masjid, usrah yasinan dan mendengar ceramah-ceramah agama, akhirnya dia buat mogok solat, seperti kecewa kepada Tuhan. Ia menjadi orang yang berputus asa, kononnya kabur masa depan kerana teman wanitanya diambil orang." (Drs. Zulpan Nasution, Menangani Masalah Remaja Muslim, 1996)
Nah, betapa terbukti, sekadar memberi info agama tanpa penerapan serta penghayatan tidak cukup konkrit sebagai perisai diri buat para pelajar. Justeru itu, ibubapa perlu mendepani masalah ini dengan penuh hikmah dan bijaksana.
5.2 Peranan Sekolah
Seperti yang kita sedia maklum, sekolah bukan sekadar berperanan sebagai institusi pendidikan, bahkan ia juga berfungsi sebagai sebuah institusi sosial yang sangat mempengaruhi moral pelajar. Dalam menangani masalah bercinta di kalangan pelajar, pendidikan Islam dan pendidikan moral tidak mencukupi, pelajar perlu juga mendapat dan pendidikan seks yang terbuka supaya para pelajar tahu batas-batas dan risiko-risiko dalam bercinta, agar mereka lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terlanjur dengan aktiviti-aktiviti salah laku seks, dosa dan maksiat-maksiat lain:
"Proses pembesaran tanpa diiringi dengan pengetahuan seks telah menyebabkan para remaja mencari saluran-saluran lain untuk mendapatkan sedikit pengetahuan tentang seks. Amat
Sememangnya kita tidak dapat menafikan perbincangan dan pendedahan seks boleh mengakibat seseorang pelajar itu terjebak ke arah perbuatan salah laku seks lembah dosa dan maksiat. Namun kita perlu sedar seks juga mempunyai pengertian positif, kerana seks telah wujud dalam jiwa manusia sejak dilahirkan lagi. Pendidikan seks yang ingin diterapkan di sekolah-sekolah bukanlah untuk mengajar para pelajar bagaimana cara untuk melakukan seks, tetapi sebaliknya bertujuan mengawal perilaku seks pelajar dengan menyampaikan mesej tentang bahayanya perlakuan seks bebas dan liar tanpa sebarang ikatan perkahwinan.
Pendidikan seks yang ingin diterapkan di sekolah-sekolah pasti ada pengimbangnya, seperti penerapan nilai dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bahkan dalam pendidikan seks itu sendiri menerapkan batas-batas kesusilaan dan etika agama:
"Sekiranya pendidikan seks dapat disampaikan dengan cara yang ilmiah dan betul, masalah kelucahan dan kekotoran seks tidak timbul. Sebenarnya pelajar-pelajar telah didedahkan dengan pendidikan seks, yakni melalui mata pelajaran Sains dan Biologi.......Pendekatan memperkenalkan pendidikan seks harus mengambil kira beberapa factor seperti psikologi, biologi, dan perkembangan remaja. Faktor-faktor ini sekiranya digabungkan dengan ilmu pengetahuan yang ilmiah dan pengajaran agama tentu dapat memberikan kita satu alternatif kea rah menyelesaikan desakan nafsu seks anak-anak muda yang membara." (Ann Wan Seng, Kerenah Pelajar Hari Ini, 1994)
5.3 Peranan Masyarakat
Satu penyakit kronik dalam sosial masyarakat kita ialah, sikap "Individualistik". Penyakit ini berpunca dari sikap masyarakat yang menganggap tidak mengapa jika berlaku sesuatu perkara buruk ke atas orang lain, yang penting asalkan dirinya sendiri hidup tenang.
Masyarakat perlu berubah, bukan sahaja berani untuk menegur, bahkan bersedia untuk menerima teguran. Jika pelajar ingin bercinta, masyarakat perlu bimbing fitrah mereka agar tidak menjadi fitnah. Masyarakat boleh membantu pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelajar-pelajar, agar pelajar-pelajar yang bercinta ini berada di bawah pemantauan pihak ibubapa dan masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan termasuklah badan-badan bukan kerajaan, badan-badan korporat, organisasi-organisasi dan persatuan.
Suasana, budaya, kepercayaan dan
6- Kesimpulan/Penutup.
Berdasarkan perbincangan-perbincangan di atas, kita perlu sedar, bukan cinta itu yang membinasakan para pelajar, bahkan jika cinta dalam diri pelajar itu kita bimbing dengan agama, ia menjadi satu jihad buat kita. Tetapi apabila pelajar bercinta, kemudian kita lepas tangan dan tidak membimbing mereka dengan jalan agama, bermakna kita dengan tangan kita sendiri yang telah merosakkan cinta para pelajar. Apa-apa kerosakan akhlak dan moral yang berlaku pada para pelajar kita, kita janganlah cepat melatah dan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tapi cerminlah diri kita sendiri terlebih dahulu, apa sumbangan dan tindakan yang telah kita laksanakan untuk menyelamatkan remaja kita. Adakah serius dan bersungguh-sungguh kita memperjuangkan isu ini. Semoga pa yang dibincangkan di dalam hasil kerja ini mampu membuka mata hati kita, dan semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran.
Rujukan
1- Ann Wan Seng, Kerenah Remaja Hari Ini, 1994, Fajar Bakti Sdn. Bhd,
2- Drs. Zulpan Nasution, Menangani Masalah Remaja Muslim, 1996, Al-Hidayah Publishers,
3- Khadijah Haidi Khalid, Meneroka Alam Remaja, 1994, Nurin Enterprise,
4- Puan Amina Hj Noor, Persoalan Remaja Masa Kini, 1998, Al-Hidayah Publishers,
5- Robiah Kulop Hamzah, Remaja dan Cinta, 1997, Dewan Bahasa dan Pustaka,
6- Robiah Kulop Hamzah, Panduan Membimbing Remaja, 1995, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
.
7- Robert Hamly, Bohsia: Punca dan Penyelesaiannya, 1995, Citakhidmat (M) Sdn. Bhd, Ampang, Selangor Darul Ehsan.
sebenarnya punca pelajar suka melakukan seks adalah diantaranya kerana :
BalasPadam1. pernah dijadikan mangsa pemuas nafsu seks ketika kecil
2. pernah melihat perlakuan seks itu sehingga terdorong untuk melakukannya
3. berdua-duaan dengan teman lelaki di tempat yang sunyi
Assalam..mohon copy
BalasPadamTerbaik lah :)
BalasPadamTerbaik lah :)
BalasPadam