اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ

-

Selasa, 15 September 2009

TITAS 2 TAMADUN CHINA

TAMADUN CINA

Asal-usul, Unsur-unsur Asas & Orientasi Sistem Nilai
Pengenalan

 Tamadun Cina juga merupakan salah satu tamadun yang tertua dan berkesinambungan hingga hari ini kerana:
 Memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun lain.
 Berjaya mengekalkan identitinya.

 Tamadun Cina dikatakan bermula di:
 Lembah Huanghe di utara China.
 Lembah Yangzijiang di selatan China.

 Berdasarkan bukti penemuan arkeologi, kebudayaan awal ini disebut Yangshao.
 Ini berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di wilayah Shaanxi.
 Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu sejak kurun ke-6 s.m telah diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.
 Kebudayaan Longshan dikatakan lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao.
 Diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan di wilayah Shandung.


Unsur-unsur Asas Tamadun Cina

 Perbincangan akan merujuk kepada:
 Alam sekitar mencorakkan tamadun
 Sistem pertanian purba
 Bahasa dan sistem tulisan
 Pembentukan Bangsa Tionghua
 Falsafah dan agama
 Institusi politik dan sistem pemerintahan
 Keluarga dan masyarakat
 Orientasi sistem nilai


Alam Sekitar Mencorakkan Tamadun Cina
 Tempoh Neolitik mempunyai kedudukan penting dalam sejarah perkembangan tamadun Cina:

 Aktiviti pertanian telah wujud.
 Terdapat benih-benih padi, bukti adanya penanaman padi secara besar-besaran.

 Keadaan cuaca dan lokasi geografi membolehkan penamanan padi.
Sistem Pertanian Purba

 Memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan geografi yang berbeza.
 Kedua-dua jenis kebudayaan (Yangshao) dan (Longshan) telah mengasaskan peradaban bercorak pertanian.
 Ini menjawab persoalan kenapa pembangunan berbentuk pertanian dititikberatkan termasuk pandangan semesta.
 Mencorakkan sikap dan pemikiran peradaban Cina yang berdirikari dan cintakan perdamaian.


Bahasa Dan Sistem Tulisan

 Bahasa Cina merupakan bahasa yang masih kekal dan berkembang serta digunakan sehingga ke hari ini.
 Tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah:
 xiang xing (lambang bergambar).
 zhishi (lambang petunjuk).
 huiyi (lambang petunjuk fikiran).
 xing sheng (gabungan bentuk-bunyi).
 Zhuanzhu(mutual semantic transfer)
 jiajie (loan character)

 Kesemua kaedah tersebut dikenali/tergolong sebagai Liushu.
 Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan tamadun Cina.
 Walaupun terdapat banyak dialek di China yang sebutannya mungkin berbeza antara satu dengan yang lain tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi.
 Bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi tamadun Cina.


Pembentukan Bangsa Tionghua

 Berdasarkan arkeologi dan catatan sejarah purba terdapat begitu banyak suku-suku yang wujud.
 Menurut sarjana terdapat 3 kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba:

 Kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di dikatakan berasal dari kawasan di Provisi Shaanxi di bahagian barat China.
 Kumpulan Feng-Yang tersebar disekitar di bahagian timur China.
 Kumpulan Miao-Man terdiri suku bangsa di selatan China.

 Integrasi ketiga-tiga kumpulan ini dan suku bangsa lain akhirnya terbentuk bangsa Tionghua pada hari ini.
Falsafah Dan Agama

 Perbincangan akan menjurus kepada perkara-perkara berikut:
 Konfusianisme
 Buddhisme
 Daoisme
 Moisme
 Legalisme


Konfusianisme

 Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m).
 Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius.
 Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
 Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
 Perikemanusiaan (ren)
 Kewajaran (yi)
 Kesusilaan (li)
 Kearifan (zhi)

 Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
 Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.
 Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
 Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
 Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:
 raja dengan menteri
 ayah dengan anak
 suami dengan isteri
 abang dengan adik
 kawan dengan kawan


Buddhisme

 Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India pada kurun ke-6 s.m dan disebar ke China pada kurun masehi yang pertama.
 Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia.
 Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang menggelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.
 Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:
 Theravada - pengajarannya berasaskan doktrin dan penyelamat hanya ditawarkan kepada Sami Buddha.
 Mahayana - pengajarannya membuka jalan penyelamat kepada semua insan.

Daoisme

 Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m) yang berpendapat:
 Pemeliharaan alam semulajadi.
 Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.

 Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.


Moisme

 Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).
 Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
 Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.

Legalisme

 Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin.
 Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu:
 Kuasa (Shi).
 Cara (Shu).
 Perundangan (Fa).

 Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
 Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
 Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.


Institusi Politik Dan Sistem Pemerintahan

 Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sebelum dinasi Qin.
 Antara aliran pemikiran politik:
 Konfusianisme
 Daoisme
 Legalisme
 Moisme

 Pusat pemikiran politik Konfusianisme berasaskan perhubungan sesama manusia (renlun) yang berperi-kemanusiaan dan bermoral.
 Pemikiran politik aliran Daoisme cenderung kepada fahaman anarki dalam ertikata moden.
 Pengikut pemikiran Daoisme menafikan peranan institusi politik, sistem moral dan etika yang dititikberatkan oleh Konfusianisme.
 Daoisme mencadangkan:
 Gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras (wuwei).
 Kehidupan secara primatif dan harmoni dengan alam.

 Menjadi penawar pada mereka yang gagal dalam peperiksaan.
 Tidak memberi impak yang besar dalam sistem politik.
 Aliran pemikiran yang beri kesan besar ialah Legalisme.
 Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
 Pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
 Berjaya mengubah sistem pemerintahan feudal yang bercirikan pelbagai negeri kepada birokratik terpusat.
 Sistem ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik dalam tamadun Cina.
 Aliran pemikiran politik Moisme menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukkan kekuasaan pusat (shangtong).



 Memenuhi kehendak lapisan pemerintah tetapi sukar diterima kerana:
 Menggalakkan berjimat cermat (jieyong).
 Melantik orang yang berkelayakan dan berkemampuan (xuan xian yu neng).

 Selepas dinasti Qin dan Han, Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme telah digabung/gunapakai.
 Pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme dan Lagelisme dalam pemerintahan.


Keluarga Dan Masyarakat

 Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pernah mengalami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini.
 Konsep Xiao dan konsep Zhong merupakan asas dalam sistem kekeluargaan dan sistem kenegaraan dalam aliran Konfusianisme.
 Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuklah:
 Waris sebelah bapa.
 Pemerintah yang memusatkan kuasa bapa/lelaki.
 Kuasa suami yang tertinggi.
 Mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan.
 Mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga.


Orientasi Sistem Nilai

 Terdapat konsensus tamadun Cina berorientasikan humanisme iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta.
 Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilai berikut adalah hasil daripada humanisme antaranya:
 Moral sebagai ideologi.
 Hubungan manusia dengan alam semesta.
 Mementingkan institusi keluarga.
 Pendidikan diberi keutamaan.
 Keharmonian merupakan nilai utama.
 Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika.


 Bermakna akhlak memain peranan penting:
 Kerajaan dan politik.
 Pegawai yang berkhidmat.

 Sistem etika Konfusianisme berasaskan kepada kekeluargaan:
 Negara merupakan lanjutan daripada keluarga.
 Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam keluarga.
 Berpegang kuat pada humanisme dan moralisme, pendidikan diberi penghargaan yang tinggi:
 Mendapat perhatian yang lebih oleh keluarga.
 Golongan pendidik disanjung tinggi.
 Saluran mobiliti sosial dalam masyarakat tradisional.

TAMADUN CINA

Kesusasteraan, Kesenian, Sains & Teknologi
Bahasa Dan Kesusasteraan

 Kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14 s.m dan perkembangannya berterusan sehingga ke hari ini.

 Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan.

 Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (Dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang Manchu (Dinasti Qing, 1644-1911).

 Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik.

 Cara penciptaan tulisan Cina yang paling produktif adalah cara gabungan bentuk-bunyi

 Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina.

 Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam dialek apa ia dipertuturkan.

 Oleh itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina.

 Namun begitu dikatakan Putonghoa (Bahasa Umum) adalah Bahasa Kebangsaan China yang dibentuk berdasarkan dialek kawasan utara.


Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik
Puisi
 Antologi puisi Cina terawal bertajuk Shi Jing (Puisi Klasik).

 Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe (Sungai Kuning).

 Ia dipercayai disusun pada masa Konfusius.

 Puisi yang terkandung dalam Shi Jing pada asasnya adalah dinyanyikan dengan iringan muzik.
 Pada keseluruhannya kebanyakan puisi dalam Shi Jing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif.

 Puisi dalam Shi Jing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera.

 Digunakan dalam pertemuan rasmi di mana raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pem-bayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.

 Chu Ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi.

 Puisi-puisi yg berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shi Jing.

 Misalnya baris-baris lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

 Dinasti Tang merupakan kemuncak perkembangan genre ini.

 Koleksi Lengkap Puisi Tang mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih penyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi.

 Puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu:
 Puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik.
 Bersifat padat dan singkat.
 Puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut standard sastera lain di dunia ini sangat kurang.
 Puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.

Prosa
 Garis pemisah antara puisi dan prosa tidak begitu jelas.

 Bentuk fu, genre yang mewakili dinasti Han, misalnya menunjukkan sifat puisi bercampur prosa.

 Bahasa klasik menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu.
 Prosa Cina juga mempunyai fungsi sosial dan politik.

 Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, prosa berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika.


Drama
 Drama Cina berkembang agak lewat.

 Drama Cina yang paling menarik ialah jenis Zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut rentak muzik tertentu dan popular semasa dinasti Yuan.

 Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Dengan ini Zaju bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat simpati penonton.

 Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah Chuanqi.

 Chuanqi yang berkembang semasa Zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian.

 Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari berlainan daerah mula berkembang dan semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas-pentas di Beijing.

 Kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina.

 Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai etika berbanding agama walaupun keagamaan dan kuasa ghaib yang mendapat ilham dari Daoisme menjadi tema sebilangan karya drama yang dihasilkan.


Fiksyen
 Disebabkan cerita fiksyen ditulis dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stail klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen sebagai bernilai untuk diberi taraf sastera.

 Istilah Cina merujuk genre ini ialah Xiaoshuo bermaksud percakapan kecil atau percakapan sia-sia.

 Oleh itu kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa.


Kesenian Cina
Muzik
 Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan.

 Sistem melodi muzik Cina klasik adlh kompleks.

 Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh.

 Cara alat muzik dimainkan dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.

 Perbincangan dan rujukan terhadap muzik terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li Ji (Rekod Ritual) & Shi Jing.

 Muzik memaparkan enam jenis emosi iaitu:
 Kesedihan.
 Kepuasan.
 Kegembiraan.
 Kemarahan.
 Ketaatan.
 Kecintaan.


Kaligrafi
 Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam memba-yangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.

 Menggunakan bahan antaranya dakwat, berus dan kertas.

 Berus yang tajam di hujung diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala.

 Kertas xuan (sejenis kertas mudah menyerap dakwat) yang berpelbagai gred (kualiti) atau penggunaan sutera.

 Empat stail tulisan yang digunakan hari ini termasuklah:

 Kaishu atau stail biasa iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas.

 Lishu iaitu sejenis stail yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak.

 Xingshyu atau stail berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur.

 Caoshu atau stail rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu sejenis rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur.

 Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk stroke yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan stroke-stroke ini.

 Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina ialah alam semulajadi.


Seni Lukis
 Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.

 Biasanya sebuah puisi berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya mencapai tahap ‘kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan’.

 Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap (seal engraving).
 Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

 Xieyi (bebas tangan/freehand brushwork).

 Gongbi (menggunakan stroke halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir).

 Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter.

 Menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi.

 Lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan tenaga dan perasaan serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan.

 Bagi peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, puisi dan cap merupakan bahagian komposisi yang juga diperlukan.

 Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-tumbuhan dan binatang juga digemari selain lukisan potret dan figura.

 Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek penting dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian dalam tamadun Cina:
 Pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina.
 Penggunaan bahasa Cina menyebabkan perkem-bangan sastera Cina berterusan tanpa gangguan.
 Kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.
 Sifat harmoni diutamakan.
 Banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme.

Sains Dan Teknologi

Matematik
 Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik.

 Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agung Jiuzhang Suanshu (Matematik Sembilan Bab) oleh Zhang Cang (kurun kedua SM).

Perubatan
 Rangka asas teori perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen.

 Yang, prinsip lelaki adalah bersifat aktif dan cerah sedangkan yin, prinsip perempuan adalah bersifat pasif dan gelap.

 Keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang menentukan banyak aspek manusia seperti sifat, kerjaya dan kesihatan.

 Teori lima elemen menganggap bahawa dunia ini pada asasnya terdiri daripada lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah.

 Berdasarkan ini, tumpuan rawatan bukan setempat tetapi juga pada keseluruhan badan dengan tujuan meyelaras-kan semula keseimbangan badan.

 Akupuntur penting dalam perubatan Cina tradisional.

 Pengamalan akupuntur bermula sejak kira-kira 2,500 s.m atau lebih awal dan benar-benar bersifat Cina dari sudut perubatan.

 Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen ialah farmakopeia Cina teragung dan mengan-dungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.
Empat Ciptaan Agung
 Pencapaian teknologi Cina purba yang paling berguna dari segi sumbangan terhadap tamadun dunia ialah:
 Teknik membuat kertas
 Pencetakan
 bahan letupan
 Kompas


Kemerosotan Dan Ciri-ciri Sains Cina

 Walaupun tamadun Cina banyak menyumbang dalam bidang sains dan teknologi terutamanya sebelum kurun ke-14, namun selepas itu dikatakan sains dan teknologinya mengalami tahap kemerosotan.

 Beberapa ciri berkaitan dengan kemerosotan boleh di-rumuskan seperti berikut:
 Sifat orang Cina yang pragmatik dan praktikal.
 Cara berfikir Cina yang mengutamakan pengalaman.
 Falsafah Cina yang mementingkan aspek humanisme.
 Kesan sistem peperiksaan perkhidmatan awam.
 Pendekatan holistik terhadap kehidupan.

Penutup

 Kesusasteraan klasik & kesenian merupakan hasil budaya Cina yang bernilai.

 Dari segi sains & teknologi, tamadun Cina telah mempelopori penciptaan kertas, percetakan, bahan letupan & kompas.

 Tamadun Cina merupakan salah satu penyumbang ketamadunan manusia.

2 ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini