FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memper-
kembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk me-
lahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggung-
jawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah"
Dapat dilihat bahawa Falsafah Pendidikan Islam lebih mementingkan segala ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam itu berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembentukan akhlak dan peribadi muslim juga diasaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan. Abdul Halim (1989) membuat kesimpulan bahawa para sarjana dan cendiakawan Islam mempunyai pemikiran dan pendapat yang sama mengenai Pendidikan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tempat teratas. Oleh itu beliau merumuskan bahawa Pendidikan Islam harus berperanan untuk membentuk peribadi yang memenuhi ciri-ciri insan "Kamil" iaitu sempurna. Antara ciri-ciri tersebut adalah:
1. Mempunyai keimanan yang teguh.
2. Patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya.
3. Mempunyai akhlak yang luhur.
4. Mempunyai sikap sosial yang baik.
5. Memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi.
6. Mampu berdikari dalam segala aspek khususnya di dalam mencari rezeki untuk kehidupannya sendiri dan orang yang menjadi tanggungjawabnya.
7. Bersedia memikul tanggungjawab agama dalam segala aspek seperti peribadi, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia.
Copyright FAIZALMULIA 2009 ::
Terima Kasih Melawati Laman Ini
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
-
Rabu, 16 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sangat membantu tulisannya dalam memahami falsafah pendidikan Islam, jadi tambah ilmu pengetahuan :D
BalasPadam