Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”
- Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak -
Perdana Menteri Malaysia
1Malaysia adalah penerusan agenda membina Negara bangsa. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, maka rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ianya dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Inilah yang digelar sebagai mana dicanangkan iaitu “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
Ia bukan satu dasar baru untuk dasar sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Mendahulukan rakyat dalam segala perkara adalah konsep 1Malaysia yang diamalkan pemerintah yang peduli kesusahan dan permasalahan yang membelenggu mereka. Manakala pencapaian diutamakan ialah memastikan negara dihormati di pentas dunia yang menggambarkan Malaysia berdaya maju dengan kemajmukan rakyatnya yang berbilang bangsa dan kini bersatu padu membina negara bangsa. Dengan adanya sokongan dan gabungan tenaga rakyat yang makmur dengan pelbagai lapisan masyarakat menjamin keselesaan rakyat yang bebas daripada jenayah, masalah sosial, kemerosotan ekonomi juga pemeliharaan budaya milik negara.
ASAS-ASAS 1MALAYSIA
Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina Negara. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Tanpa perapduan yang luar biasa ini British tidak akan menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada orang Malaysia sendiri. Namun kepercayaan dan perpaduan orang-orang terdahulu yang bersama pemimpin mereka telah mengembalikan hak memerintah bumi Malaysia yang tercinta. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. Demi mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Akhirnya wujudlah kuasa momentum yang hebat terbit atas dasar perpaduan yang tidak dinafikan kuat dan sentiasa memerlukan.
ASPEK - ASPEK UTAMA 1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia yang digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:
Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras
Perpaduan menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.
Teras perpaduan berpaksikan penerimaan ,prinsip-prinsip Kenegaraan, keadilan Sosial, hormat-menghormati, rendah hati (Tawadhuk), kesederhanaan dan berbudi-bahasa.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Usaha menerima kehadiran kaum yang berbeza bukanlah mudah pada awalnya namun dapat dipupuk dengan mendekati dan melihat kesempurnaan Negara bangsa yang akan terbina dengan kebaikan yang dipamerkan kepada dunia luar.
Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Mematuhi Perkara yang terkandung dalam Perlembagaan bukanlah tugas mereka yang berjawatan Hakim atau peguam serta mereka yang berkhidmat dalam kehakiman negara, akan tetapi ia adalah tanggungjawab semua rakyat yang dikawal oleh undang-undang. 5 Prinsip Rukun Negara sangat lengkap dan melengkapi kehidupan rakyat jika diamalkan dan ia melahirkan warganegara yang tahu sivil dan moral, akhlak yang mulia dan terpuji ketika menjalani kehidupan duniawi.Keadilan sosial merupakan teras aspirasi yang diharapkan oleh semua rakyat. Dengan ini jelaslah semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Tiada korupsi yang akan terjadi sekiranya setiap rakyat tahu apa peranan mereka. Urusan terbiar kerana hierarki dan mobiliti sosial masing-masing yang menjadi penghalang dan jurang hubungan sosial masyarakat.
Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, semestinya dilaksanakan dan ditunaikan dengan wajar.Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk nilai-nilai rasa hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi-bahasa sesama mereka.Rasa hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum. Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihan nya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing- masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.
Kesederhanaan: Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.Budi-bahasa pula ialah tuturkata dan tingkahlaku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.Aspek kedua gagasan 1Malaysia iaitu budaya, inovasi, kesetiaan, integrity, budaya, ilmu, kebijaksanaan, ketabahan, budaya, berprestasi, dan ketepatan.Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai perlu diberi penekanan adalah seperti budaya berprestasi tinggi. Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Segala kerja disiapkan dengan teliti dan secermatnya agar perbalahan dielakkan dan tahap profesionalisme dapat dipertingkatkan. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh”tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. Ia akan menyebabkan kecacatan dalam penyelesaian melibatkan hubungan antara pihak yang memeberi khidmat dan pihak yang melanggan. Selain itu budaya ketepatan diamalkan sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju. Hasil kerja dibuat dengan kualitinya yang tersendiri dan diiktiraf peringkat internasional serba guna dinilai oleh pihak ketiga.
Maka rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan. budaya ilmu yang merujuk kepada rakyat yang cintakan ilmu. Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa menimba ilmu pengetahuan yang terkini. Dengan budaya seumpama ini rakyat Malaysia lebih sensitive pada perubahan masa, keadaan dan isu-isu yang berlaku di sekitar mereka dan akhirnya mengetahui perkembangan dunia dan apa kehendak dalam dunia pada masa kini. Budaya ilmu juga menggalakkan majoriti terus-menerus untuk menimba ilmu sepanjang hayat. Inilah dinamakan pendidikan sepanjang hayat. Bangsa Malaysia akan lebih disanjungi bangsa negara lain yang wujud di dunia sebagai bangsa pencinta ilmu dan pengembang ilmu dan mencipta ilmu-ilmu baru dalam era moden yang menuntut pelbagai kemahiran dan peralatan yang canggih.nilai integriti hendaklah disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Amalan yang sebegini adalah dianjurkan dan amat dialu-alukan dalam urusan seharian rakyat Malaysia supaya tiada masalah berbangkit yang akan tercipta pada suatu tempoh masanya kelak. Gelaran bangsa yang berintegriti menjadi trademark rakyat Malaysia jika diamalkan sepenuh hati tanpa rasa palsu sedikit pun.
Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan penting untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta dan ia lebih bercirikan patriotik dan membanggakan negara.
Kebijaksanaan ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana- mana pihak yang lain. Nilai bijak di sana dan bijak di mana-mana tempat tanpa mengira masa, waktu dan keadaan mengakibatkan setiap rakyat lebih terhindar daripada membuat pertimbangan yang kurang waras dalam pembinaan negara bangsa.
Budaya inovasi adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Banyak sumber ilmu didominasi oleh rakyat asing manakala rakyat hanya menggunakannya,
maka kini adalah masa yang terbaik masa yang sesuai bagi rakyat Malaysia seluruhnya mengubah persepsi minda kelas ketiga selama ini kepada kelas pertama seiring dengan kemudahan infrastruktur negara kelas pertama.
Kesimpulannya 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
-
Rabu, 16 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan